dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI eSukan LMS - Jejak Digital & Risiko Media Sosial

14 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2026, telah berlangsung NADI eSukan LMS - Jejak Digital & Risiko Media Sosial. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta memahami apa itu Jejak Digital iaitu semua aktiviti yang dilakukan di internet termasuk post, komen dan perkongsian, maklumat boleh disimpan lama di internet, sukar dipadam sepenuhnya dan membentuk imej seseorang di dunia digital. Selain itu, peserta memahami jenis jejak digital iaitu post di media sosial, komen atau reply kepada orang lain, gambar atau video yang dikongsi, interkasi dalam komuniti permainan dan aktiviti yang boleh dilihat oleh orang ramai. Seterusnya, peserta memahami kesan post yang memakan diri iaitu post lama boleh muncul semula, kandungan tidak sesuai boleh disalah tafsir, screenshot boleh disimpan orang lain, kandungan boleh viral walaupun sudah lama dan boleh menjejaskan imej pemain. Akhir sekali, peserta memahami risiko media sosial kepada pemain iaitu menjejaskan reputasi profesional, konflik dengan komuniti pemain, menimbulakn kontroversi dalam talian, boleh memberi kesan kepada pasukan dan berisiko kehilangan peluang kerjaya.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.